Setiap orang ada pendapat dia yang tersendiri bila nak menulis blog,tapi bagi aku,tak elok kalau kita nak mengkritik orang dalam blog apatah lagi mengkritik orang itu secara terang terangan.Menjatuhkan maruah orang ,mengumpat keburukan orang lain dengan kadar berlebihan membuatkan orang boleh menilai diri kita jenis yang macam mana.Kenapa nak kritik orang sedangkan ada banyak lagi penulisan berfaedah yang boleh kita tulis?dalam dunia ni,kawan rapat sahaja yang ambil berat pasal kita,orang lain memang tak nak ambil berat pun,diaorang lebih suka ambil tahu hal ehwal semasa daripada membaca blog yang penuh dengan umpatan dan entah apa apa.Matanglah sikit dan aku pun masih mempelajari selok belok hidup yang indah dan cantik ini.Berubah lah demi kebaikan diri sendiri dan lepas itu baru boleh fikir tentang orang lain.
Muchh love <3
Nadjua
Freedom of speech~
ReplyDelete